Pengenalan Alumni IKN

Pengenalan
Peranan alumni Institut Kraf Negara adalah sangat besar impak positifnya kepada Institut dan Kraftangan. Hubungan ini perlu dijalin sebaik mungkin serta bergerak bersama dalam menjayakan aktiviti terutama di peringkat Institut dan Kraftangan. Justeru sebuah badan yang bertanggungjawab iaitu unit Persatuan Alumni Institut Kraf Negara telah di tubuhkan di bawah naungan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Institut Kraf Negara dan Pertubuhan ini telah di luluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 27 Mac 2011.

Untuk mendaftar sebagai ahli alumni IKN, sila klik di sini.

Misi, Visi dan Objektif

Visi
Menjadi pejabat perhubungan diantara IKN khususnya dan Kraftangan umumnya didalam perkhidmatan kerjaya dan aktiviti alumni

Misi
Menggalakkan aktiviti alumni bagi manfaat semua didalam pembangunan IKN serta kraftangan Malaysia

Objektif
  • Mengumpul dan mengeratkan seramai mungkin bekas-bekas pelajar Institut Kraf Negara sejak ia ditubuhkan sekitar tahun 1970an.
  • Mengenalpasti kerjaya semasa ahli-ahli pertubuhan.
  • Menjayakan aktiviti kebajikan untuk ahli-ahli serta ahli keluarga.
  • Memberi khidmat bimbingan atau kaunseling kepada ahli-ahli dan bekas pelajar yang bermasalah.
  • Menyokong dasar kerajaan yang melibatkan kegiatan industri kraf Negara.
  • Mengeratkan silatulrahim dikalangan ahli-ahli pertubuhan.
  • Mengadakan perjumpaan tahunan bagi ahli-ahli pertubuhan.
Fungsi
  • Menguruskan rekod dan mengumpul data berkaitan graduan IKN dan pengguna di dalam CMS
  • Memantau kemajuan karier dan kerjaya Alumni
  • Menjadi Urusetia bersama persatuan Alumni bagi mana-mana Majlis Alumni
  • Memantau hal ehwal dan kebajikan Alumni dan memberi bantuan jika perlu

Hubungi Kami

  • Institut Kraf Negara (IKN)
    No.1 KM.20 Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

  • 03 6091 5322

  • 03 6092 6072
  • ukk.ikn@kraftangan.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Institut Kraf Negara. Kemaskini : 25 Jan 2023, Jumlah Pelawat : 2538