14 Januari 2023 - Institut Kraf Negara telah menerima kunjungan seramai 61 orang pelajar berserta 5 orang guru dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban. Pelajar-pelajar ini mempelajari teknik-teknik penghasilan kraf seramik dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman daripada Jurusan Seni Kraf Seramik.