Seramai 23 orang pelajar lelaki Institut Kraf Negara telah hadir untuk turut serta mengimarahkan Qiamullail Perdana anjuran Masjid Bandar Baru Selayang bagi membentuk generasi Rabbani. Program ini telah dilengkapi dengan Kuliah Subuh Perdana Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Jalil bin Hanafi bertajuk 'Perjalanan Seorang Hamba'.