Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2023, terdapat 6 sesi program Apresiasi Kraf yang berlangsung bermula 04 Mac sehingga 13 Mac 2023. Institut Kraf Negara melalui Pusat Kecemerlangan Kraf telah mengadakan Program Apresiasi Kraf bagi sesi pertama pada 4 Mac 2023 dengan tajuk Eksplorasi Teknik Halangan Warna yang disampaikan oleh Encik Mohamad Rizan bin Mohamad Nordin, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak dan Puan Nor Shaibah binti Said sebagai Moderator. Hadir sama pada Program Apresiasi hari ini ini adalah Encik Shamsul Azizi bin Samsudin, Pengarah Kanan Institut Kraf Negara, Encik Johari bin Azmi, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang dan Encik Sohibul Azri bin Ahmad, Pengarah Seksyen Akademik dan Kemahiran Kraf, IKN.
Program yang berkonsepkan demonstrasi dan juga bengkel ini disertai seramai 26 peserta yang terdiri daripada Pensyarah IPTA, Usahawan Kraf, Pereka Fesyen, Penggiat Seni dan Orang Awam.
Sesi kedua Apresiasi Kraf pada 8 Mac 2023 dengan tajuk 'Kraf Rotan, Adakah Masih Relevan?' yang disampaikan oleh Puan Emily Jeneble @ Norfarahin Abdullah dan Encik Fazar Ivan Hidayat bin Zahari sebagai Moderator.
Program berkonsepkan demonstrasi dan juga bengkel ini disertai seramai 20 orang peserta. Aktiviti ini juga merupakan satu platform perkongsian ilmu dalam memperkasakan Kelestarian Kraf Negara.
Sesi ke - 3 Program Aprisiasi Kraf pada 9 Mac 2023 dengan tajuk Pahat Logam Halus VS Moden yang dikendalikan oleh Encik Mohd Sazali bin Mohd Yusop selaku Moderator bersama dengan panel jemputan Encik Nasar bin Che Musa atau lebih dikenali sebagai Ayah Su yang merupakan usahawan logam dari Wakaf Baru, Kelantan.
Sesi ke-4 Program Apresiasi Kraf pada 11 Mac 2023 membawakan tajuk “EXPLORASI UKIRAN ARTISTIK (SERAMIK)” yang dikendalikan oleh Encik Mohd Nursalman bin Shahbudin selaku moderator bersama dengan Panel Jemputan Puan Iswati binti Ishak daripada Nooris Carve And Arts Enterprise Selangor. Puan Iswati berpengalaman luas dalam bidang seni ukiran buah dan beliau berkongsi pandangan dan ilmu ke atas explorasi ukiran ke atas produk seramik.
Tajuk Apresiasi Kraf pada hari sesi ke-5 iaitu 12 Mac 2023 adalah “EKSPRESI IDENTITI MELAYU PADA SENI UKIRAN HALUS HULU KERIS” yang dikendalikan oleh Encik Norzehan Adli bin Muhamad selaku moderator bersama dengan Panel Jemputan yang sangat berpengetahuan luas dalam bidang seni kraf kayu iaitu Encik Jamalias bin Ismail daripada Syarikat Pasak Seni Pertukangan Kayu dan juga merupakan Usahawan Kraf Kayu dari Kuala Terengganu.
Sesi Ke-6 (Terakhir) pada 13 Mac 2023 Program Apresiasi Kraf Anjuran Pusat Kecemerlangan Kraf atau Centre Of Excellent (COE), Institut Kraf Negara membawakan tajuk “Reproduksi Kraf Telepuk” yang akan dikendalikan oleh Puan Noridah binti Johan selaku Moderator bersama dengan Panel Jemputan Encik Norhaiza bin Nordin. Beliau merupakan Pengurus Legacy Telepuk, Seni Ukir Bakawali dan Pengarah Urusan Tunjang Bakawali Sdn Bhd. Beliau Juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2022.
Reproduksi seni kraf telepuk, adalah antara teknik menghias kain yang digerus dan di cop menggunakan blok kayu menggunakna kertas emas (prada emas).
Institut Kraf Negara (IKN)
No.1 KM.20 Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
03 6091 5322