Program Kembara Seni dan Budaya Anjuran STEMSS, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ke Institut Kraf Negara.
Kembara Seni ini disertai seramai 41 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dalam bidang Pendidikan Seni Visual.
Melalui aktiviti CCS (Creative Craft Studio) peserta diberi tunjuk ajar dan merasi sendiri pengalaman mempelajari teknik-teknik penghasilan produk kraf dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman daripada IKN.
Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan 6 bidang kraf yang dipilih iaitu seni kraf batik, tenunan, kayu, seramik, logam dan rotan.