Jawatankuasa Penasihat Akademik Institut Kraf Negara
Bermula 1 Mei 2019 (Kemaskini Januari 2023)
Jawatankuasa ini yang bertindak sebagai Board of Studies di IKN ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pematuhan pengiktirafan akreditasi penuh MQA. Jawatankuasa ini berperanan memberi nasihat, garis panduan dan usul keputusan dalam aspek perancangan, pembangunan, implimentasi dan pemantauan program pengajian peringkat Diploma dan Sijil berteraskan bidang teknikal dan kemahiran kraf serta akademik di IKN.
YBrs. Puan ‘Ainu Sham binti Haji Ramli
Pengerusi
Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali
Timbalan Pengerusi
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
YBrs. Encik Shamsul Azizi bin Samsudin
Setiausaha
Pengarah Kanan Institut Kraf Negara
YBrs. Dr. Tan Awang Besar
Ahli Jawatankuasa
Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
YBrs. Prof. Dr. Haji Zaini bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa
Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA
Encik Abd. Halim bin Hasan
Ahli Jawatankuasa
Pengarah Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET (BSPKTVET) Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Puan Hajah Zanariah binti Hj Ahmad
Ahli Jawatankuasa
Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia
Encik Husaini Bin Ismail
Ahli Jawatankuasa
Pengarah Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)
Peranan dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik IKN
Membuat syor kepada IKN tentang segala perkara yang berhubungan dengan:
Kandungan dan penyusunan program pengajian yang diadakan;
Kaedah pembelajaran, pengajaran dan latihan yang dijalankan;
Standard pembelajaran, pengajaran dan latihan yang dijalankan;
Kurikulum dan program pengajian yang dijalankan;
Kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan mana-mana kurikulum atau program pengajian yang dijalankan di IKN atau yang akan dijalankan di IKN;
Penetapan kelayakan yang dikehendaki bagi penerimaan masuk ke mana-mana program pengajian yang diadakan di IKN;
Cadangan-cadangan bagi penubuhan apa-apa program pengajian baru yang hendak dijalankan;
Pengurniaan dan anugerah pengajian.
Memberi maklumat terhadap perkembangan dan perubahan dasar-dasar kerajaan dan teknologi dalam industri sebagai persediaan dalam perancangan dasar-dasar program pengajian yang baharu;
Memberi nasihat agar dapat dipertahapkan bentuk pengajian selaras dengan hala tuju semasa pendidikan teknik dan vokasional Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA);
Memberi nasihat dan bantuan dalam usaha untuk meningkatkan mutu program pengajian dan jalinan kerjasama di antara industri dan IKN melalui program Latihan Industri pelajar;
Memberi nasihat dan bantuan untuk pengtahapan kemahiran tenaga pengajar IKN dengan kemudahan yang terdapat dalam industri dan institusi pengajian tinggi (IPT);
Membuat pengesahan graduan tamat pengajian bagi tujuan penganugerahan Diploma dan Sijil Seni Kraf.