Logo

Institut Kraf Negara

Justifikasi Logo

  • Rekaan logo IN ini mash mengekalkan subjek logo Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia subiek utama bertujuan untuk menunjukan IKN sebagai institusi pendidikan kraf yang wujud di bawah inisiatif Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
  • Penggunaan warna emas pula sebagai simbol kepada perihal kualiti, keunggulan dan kecemerlangan dalam pembangunan pendidikan kraf.
  • Penggunaan warna perak / silver yang ditukar daripada warna perang membawa maksud modenisasi pendidikan kraf dengan sokongan teknologi terkini.
  • Penggunaan warna biru diraja pula membawa mana transformasi dan pembaharuan dari aspek generasi penyambung tradisi, evolusi pendidikan kraf negara serta penyatuan elemen budaya dan teknologi masa kini yang menjadi agenda utama IKN.
  • Subjek buku dimasukkan ke dalam logo in sebagai perlambangan kepada 'Kraf' bukan hanya sekadar aktiviti kemahiran tangan yang wuud melalui bakat semata-mata tetapi ianya merupakan satu bentuk kemahiran intelektual yang perl dikembangkan melalui pendidikan secara formal.

Moto Logo

ILMU, IMAN dan MAHIR merupakan tiga elemen yang menjadi moto utama IN yang mencerminkan keperibadian modal insan yang lahir dari menjalani pengajian di IN.

ILMU yang diperlukan seorang insan mencari kepandaian dan pengetahuan didalam mencapai matlamat hidup.

IMAN keyakinan terhadap Tuhan dengan hati dan melaksanakan dengan amalan termasuklah dalam menuntut ilmu untuk mengimbangi keperluan dunia dan akhirat

MAHIR melahirkan insan terlatih dan berkemahiran tinggi dan cekap melalui pembelajaran yang bersunguh-sungguh.

Format Penggunaan Logo Berwarna

Format Penggunaan Logo Hitam Putih

  • Utama
  • Mengenai IKN
  • Logo

Hubungi Kami

  • Institut Kraf Negara (IKN)
    No.1 KM.20 Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

  • 03 6091 5322

  • 03 6092 6072
  • ukk.ikn@kraftangan.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Institut Kraf Negara. Kemaskini : 25 Jan 2023, Jumlah Pelawat : 2537