PengenalanUnit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar telah dipertangungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar sejajar dengan hasrat IKN melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak semasa industri.
Adalah diharapkan Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar dapat memenuhi hasrat IKN iaitu menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling dan program pembangunan kendiri yang membantu pelajar mengenalpasti dan menggunakan potensi diri mereka. Perkhidmatan kaunseling yang diamalkan oleh Unit ini hanyalah:-
- Sesi Kaunseling Individu, dan
- Kaunseling Kelompok
Khidmat Kaunseling1. Khidmat kaunseling memperolehi "celik akal" (insight) dalam menangani isu-isu berkaitan diri dan juga mencapai objektif berikut dengan berkesan :
- Lebih memahami diri sendiri
- Meliaskan kesedaran dan mengenai potensi diri
- Lebih berkeyakinan dalam berfikir dan membuat tindakan
- Berupaya membuat keputusan secara bijak dan rasional
- Meningkatkan sikap sentiasa mencari ilmu pengetahuan dan melibatkan diri dalam proses pendidikan mewujudkan individu yang lebih berpuashati dan menerima dari dalam segala usaha pencapaiannya
2. Perkhidmatan kaunseling yang berkaitan
- Kaunseling dan psikoterapi individu
- Kaunseling dan psikoterapi berkelompok
- Kaunseling keluarga
- 'Crisis intervention' dan akademik
- Kaunseling kerjaya dan akademik
- Kem kaunseling (seperti motivasi, kepimpinan, latihan dalam kumpulan - LDK)
3. Penerbitan dan penyebaran maklumat berkaitan kaunseling/ kajian kaunseling
4. Peranan sebagai tempat/sumber maklumat, perundingan, penyelidikan dan ujian
Khidmat Runding
- Khidmat nasihat pembelajaran kepada pelajar secara berterusan
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus/latihan/bengkel pembelajaran efektif kepada pelajar serta menilai keberkesanan
- Membuat pemantauan proses pembelajaran pelajar secara berterusan
- Memberi kaunseling akademik kepada pelajar yang lemah, sederhana dan cemerlang
- Mengumpul data dan maklumat tentang hal ehwal dan keperluan pembangunan sahsiah pelajar, peningkatan motivasi, kepimpinan pelajar
- Memberi perkhidmatan sokongan dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar seperti :
- Melahirkan graduan berwibawa, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, kepimpinan, berinovasi
- Berkeupayaan berbentuk kesihatan mental, pertumbuhan diri dan hubungan yang positif