Konvokesyen

  • Istiadat Konvokesyen
    ISTIADAT KONVOKESYEN KE-20 INSTITUT KRAF NEGARA PADA TAHUN 2022
    Istiadat Konvokesyen IKN pada tahun 2022 adalah kali yang ke-dua puluh sejak penubuhan Institut Kraf Negara mulai tahun 2001. Istiadat Konvokesyen ke-20 IKN ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya Binti Arbi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 3hb November 2022 di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara.
  • Pesta Konvokesyen ke-20

    3 - 5 November 2022 | 10.00 pagi - 6.00 petang

    AKTIVITI MENARIK:

    1. Pemeran, Jualan dan Demonstrasi Kraf
    2. Persembahan Kesenian Pelajar
    3. Muzik - Live Band Pelajar
    4. Ceramah Motivasi
    5. Pertandingan Karaoke IKN Idol
    6. Busker IKN's Got Talentem>
    7. Zumba / Senam Tari
    8. Pertandingan Ukiran Buah-Buahan


  • Klik pautan seperti dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan senarai graduan Konvokesyen Institut Kraf Negara Ke-20 tahun 2022

    SENARAI NAMA GRADUAN KONVOKESYEN KE 20 DIPLOMA SENI KRAF
    SENARAI NAMA GRADUAN KONVOKESYEN KE 20 SIJIL SENI KRAF
    SENARAI NAMA GRADUAN KONVOKESYEN KE 20 SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA 2022
  • Peraturan Permohonan Penganugerahan, Institut Kraf Negara

    1. Pelajar semester akhir yang akan menyempurnakan kursus adalah dikehendaki memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf. Permohonan yang telah dibuat pada sesi pengajian sebelumnya tidak boleh di ambil kira.
    2. Pelajar-pelajar bukan semester akhir dan pelajar-pelajar lain selain daripada dinyatakan pekara 1 di atas tidak layak memohon.
    3. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang P.Akad/2.6/2.6.1 di dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Institut Kraf Negara. Pelajar hendaklah mengemukakan dan menyerahkan semua salinan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf.
    4. Tarikh tutup permohonan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Jadual Urusan Akademik yang diedarkan).
    5. Permohonan lewat iaitu borang yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
    6. Pelajar yang tidak memohon dan / atau mengemukakan borang permohonan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tarikh atau tempoh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan permohonan masing-masing di dalam tempoh yang ditetapkan pada sesi pengajian yang berikutnya.
    7. Hanya pelajar yang telah memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf di dalam tempoh tersebut sahaja yang boleh disyorkan kepada Lembaga Akademik IKN untuk disahkan oleh Ahli Jawatankuasa sebagai layak dianugerahkan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf.
    8. Pelajar yang tidak memohon tidak boleh dipertimbangkan untuk penganugerahan dan kemasukan ke kursus pengajian yang lebih tinggi di Institut Kraf Negara ini.
    9. Permohonan penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma seni Kraf hendaklah dibuat tidak lewat dari dua (2) tahun selepas tamat pengajian. Permohonan yang dibuat atau diterima oleh. Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tamat tempoh tersebut tidak boleh dipertimbangkan.
  • Senarai nama pelajar yang telah di anugerahkan Pelajar Terbaik serta Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Program Diploma, Program Sijil dan Sijil Kemahiran Malaysia adalah seperti jadual di bawah :

    Senarai Pelajar Terbaik IKN 2022

    Diploma
    JURUSAN NAMA
    JURUSAN SENI KRAF BATIK ANIS SURAYA BTE AINI
    JURUSAN SENI KRAF TENUNAN TIADA
    JURUSAN SENI KRAF KAYU MUHAMMAD UMAR MUIZZUDDIN BIN ABD RAHIM
    JURUSAN SENI KRAF LOGAM MOHAMAD HAIKAL BIN ZAINUDIN
    JURUSAN SENI KRAF SERAMIK NUR IZZATI BINTI MISWAN
    JURUSAN SENI KRAF ROTAN NURUL NADIAH BINTI AHMAD FAISAL
     
    Sijil
    JURUSAN NAMA
    JURUSAN SENI KRAF BATIK EMYRA SURIA BINTI ARIFFIN
    JURUSAN SENI KRAF TENUNAN MAZALAN BIN YAKUB
    JURUSAN SENI KRAF KAYU CHE MUHAMMAD HAKIMI BIN CHE ADAM
    JURUSAN SENI KRAF LOGAM HAZIQ ISKANDAR BIN SAILOR
    JURUSAN SENI KRAF SERAMIK TIADA
    JURUSAN SENI KRAF ROTAN HILMIAH BINTI ABDULLAH
     

    Sijil Tamat Latihan Kemahiran Malaysia
    JURUSAN NAMA
    OPERASI PENGELUARAN BATIK ZSAKIAH BINTI ZAKARIA
    PENYELIA SONGKET DAN DASTER WINNY BINTI SOMUIL
    PENGUKIRAN KAYU CARRAY DOMINIC
    KRAF BARANG KEMAS MUHAMMAD IZZAT HILMI BIN AFANDI
    PENGELUARAN KRAF SERAMIK MUHAMMAD AFIQ SYAZWAN BIN RUSLI
    JURUKRAF KANAN ROTAN ARWINSHINODA AMINGGOH @ MICHEAL


    Pelajar Terbaik Keseluruhan

    TERBAIK KESELURUHAN DIPLOMA 2022 NAMA
    DIPLOMA JURUSAN SENI KRAF BATIK ANIS SURAYA BTE AINI
     
    TERBAIK KESELURUHAN SIJIL 2022 NAMA
    JURUSAN SENI KRAF ROTAN HILMIAH BINTI ABDULLAH

    TERBAIK KESELURUHAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA 2022 NAMA
    BIDANG LOGAM - KRAF BARANG KEMAS MUHAMMAD IZZAT HILMI BIN AFANDI
  • Utama
  • Pengajian Di IKN
  • Pelajar
  • Konvokesyen

Hubungi Kami

  • Institut Kraf Negara (IKN)
    No.1 KM.20 Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

  • 03 6091 5322

  • 03 6092 6072
  • ukk.ikn@kraftangan.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Institut Kraf Negara. Kemaskini : 25 Jan 2023, Jumlah Pelawat : 2533