Latihan industri merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh pelajar untuk satu tempoh tertentu bagi memenuhi keperluan Program dan syarat untuk tujuan penganugerahan Sijil Seni Kraf atau Diploma Seni Kraf.
Sepanjang mengikuti latihan industri ini, pelajar akan ditempatkan di organisasi, industri atau usahawan kraf yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Pelajar akan menjalankan tugas yang diberi oleh penyelia yang bersesuaian dengan tujuan latihan.
Proses latihan industri bermula dengan persiapan pelajar menghadapi latihan industri sehingga selesai. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan sebenar. Selain itu, pelajar boleh mempraktikkan ilmu dan kemahiran berkaitan bidang yang telah dipelajari semasa di Institut Kraf Negara (IKN).
Setiap pelajar yang menjalani latihan industri perlu mengisi dan merekodkan setiap aktiviti yang dilakukan semasa latihan di dalam Buku Log Latihan Industri Pelajar yang telah disediakan oleh IKN.
Seksyen Akademik & Kemahiran Kraf
Institut Kraf Negara