Kemudahan Pengajian

Kolej Kediaman Siswa

Kolej Kediaman Siswa

Kolej Kediaman yang terdiri dari dua blok ini mempunyai 80 bilik bagi menempatkan kemudahan penginapan kepada 320 orang pelajar dan seramai 4 orang pelajar ditempatkan dalam satu bilik. Kolej Kediaman tersebut juga menyediakan kemudahan asas untuk para pelajar seperti kafeteria dan bilik rehat.
Kolej Kediaman Siswi

Kolej Kediaman Siswi

Kolej Kediaman yang terdiri dari dua blok ini mempunyai 80 bilik bagi menempatkan kemudahan penginapan kepada 320 orang pelajar dan seramai 4 orang pelajar ditempatkan dalam satu bilik. Kolej Kediaman tersebut juga menyediakan kemudahan asas untuk para pelajar seperti kafeteria dan bilik rehat.
Kafeteria (Dewan Makan)

Kafeteria (Dewan Makan)

Kafeteria yang mampu memuatkan seramai 300 orang pada satu masa dan dilengkapi dengan peralatan dapur.
Dewan Serbaguna

Dewan Serbaguna

Dewan Cindai yang mampu memuatkan 500 orang ini digunakan untuk acara-acara rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis suai kenal, seminar dan sebagainya.
Dewan Auditorium

Dewan Auditorium

Dewan Auditorium yang mampu memuatkan 170 orang ini digunakan untuk beberapa aktiviti seperti kursus, taklimat dan juga kuliah.
Padang Bola Sepak

Padang Bola Sepak

Padang permainan yang digunakan untuk beberapa aktiviti kokurikulum seperti bola sepak dan sebagainya.
Gelanggang Tenis

Gelanggang Tenis

Terdapat 6 gelanggang yang disediakan untuk aktiviti kokurikulum seperti Gelanggang Badminton, Gelanggang Tenis, Gelanggang Sepak Takraw dan sebagainya.
Bilik Theatretrette

Bilik Theatretrette

Bilik Theatretrette yang mampu memuatkan 150 orang ini digunakan untuk beberapa aktiviti seperti kursus, taklimat dan juga kuliah.

Hubungi Kami

  • Institut Kraf Negara (IKN)
    No.1 KM.20 Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

  • 03 6091 5322

  • 03 6092 6072
  • ukk.ikn@kraftangan.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Institut Kraf Negara. Kemaskini : 25 Jan 2023, Jumlah Pelawat : 2533