PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU IKN
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SIJIL, DIPLOMA DAN SKM
Tempoh Pengajian :
- Program Diploma - 3 Tahun
- Program Sijil - 2 Tahun
- Program Sijil Kemahiran Malaysia - 2 Tahun (Program Penuh)
Bidang yang ditawarkan :
- Seni Kraf Batik
- Seni Kraf Tenunan
- Seni Kraf Kayu
- Seni Kraf Logam
- Seni Kraf Seramik
- Seni Kraf Rotan
SYARAT AM INSTITUT
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18-30 tahun.
3. Berminat dan berbakat dalam bidang kraf.
SYARAT PROGRAM SIJIL SENI KRAF
1. Memenuhi
Syarat Am Institut;
DAN
2.
LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara
dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau setara;
DAN
4. Lulus temuduga dan ujian lukisan.
SYARAT PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF
1. Memenuhi
Syarat Am Institut;
DAN
2.
LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan
minimum 3 (TIGA) Kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
3. Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara;
ATAU
3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau setara;
DAN
4. Lulus temuduga dan ujian lukisan.
SYARAT PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 35 tahun;
2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
ATAU
3. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi
dalam bidang kursus yang sama.
PENGIKTIRAFAN
- Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Akreditasi program penuh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber
Manusia.
- Diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam disesuaikan
mengikut Skim Perkhidmatan.
- Diiktiraf untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi
KEISTIMEWAAN
- Perlindungan insurans berkelompok, Elaun Bulanan , Asrama , WIFI , Perpustakaan dan
lain-lain.
LALUAN KERJAYA
- Usahawan Kraf / Artisan Kreatif / Pekerja Mahir Kraf / Penjawat Perkhidmatan Awam dan
Swasta.
PERMOHONAN